Halaman

Senin, 29 Maret 2010

hikmah-hikmah 3

 kata hikmat Baik
Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali. (peribahasa)

Sifat baik ialah tidak pernah putus- asa dan tidak pernah gentar. (Marsekal Foch).

Hendaklah selalu berbuat baik dan jauhkanlah pekerjaan maksiat. ( maksud hadis).

Hasut itu memakan kebaikan seperti api memakan kayu.(maksud hadis).

Penonton sering melihat lebih baik daripada yang bermain. (Francis Becon).

Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik. (Hamka).

Cita-cita dan niat yang baik mesti disertai dengan usaha dan jalan yang baik untuk melaksanakannya.

 
 kata hikmat Bangsa
Warna kulit dan bahasa yang berlainan adalah suatu tanda kebesaran Ilahi.

Bangsa yang memperkosa hak bangsa lain atau orang yang memperbudakkan sesama manusia telah melakukan kesalahan.Tetapi kesalahan tidak boleh ditimpakan kepada si gagah sahaja.yang dijajah dan diperkosa atau diperbudak turut bersalah.Mengapa mahu dijajah?Orang lain tidak dapat menolong kalau yang dijajah telah menggalangkan batang leher sendiri untuk disembelih. ( Hamka).

Bangsa yang ingin maju mestilah memajukan bahasanya.

Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka.Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan. (Andre Colin ).

Tiada kelebihan di antara orang Arab dengan bukan orang Arab dan tidak ada kelebihan di antara kulit putih dan kulit hitam,begitu juga sebaliknya.Semuli-mulia kamu ialah orang yang bertakwa. ( maksud hadis).

Bangsa Rom pada masa dahulu sangat kuat berusaha dan rajin bekerja sehingga berjaya kep uncak ketinggian.Namun,setelah ditimpa penyakit lalai dan malas,peradaban yang ditegakkan oleh nenek moyang mereka runtuh sedikit demi sedikit .Ketika itu mereka menyangka berusaha dan bekerja itu bukan pekerjaan orang yang merdeka tetapi pekerjaan bdak-budak. (sejarahwan)

"Wahai manusia! Sesungguhnya telah Kami jadikan kamu sekalian daripada seorang lelaki dan seorang wanita, dan Kami jadikan kami bergolongan dan berbangsa-bangsa,supaya kamu saling kenal di antara satu sama lain.Sesungguhnya orang yang bertakwa paling mulia di sisi Allah.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Menyelidiki. ( Maksud ayat al-Quran 49:13)
 
 kata hikmat benar.
Benar jadi berani. (pepatah China)

Menyebut yang benar tidaklah akan mendekatkan ajal dan tidak akan menjauhkan rezeki.

Orang yang merasai menang sementara kerana menentang kebenaran,tetapai kebenaran itu akan mentertawakannya juga. (Hamka)


Kesusahan adalah jalan menuju kebenaran. (Bijron)

Benar tidak akan melukakan oarang yang memberitahunya. (Chamberlain)

Katakan yang benar,sungguhpun ia pahit dan tidak digemari orang. (hadis)

Wahai saudagar!Ambillah yang benar,nescaya kamu selamat.Janganlah kamu menolak keuntungan yang sedikit kerana kamu tidak memperolehi keuntungan yang banyak.

(Saidina Ali)

Berani kerana benar, takut kerana salah. (pepatah Melayu).

Benar akan menang.

Tidak ada yang lebih benar selain kebenaran itu sendiri.

Kebenaran tidak dapat dimusnahkan oleh air dan api. (peribahasa Tibet).

Tidak semua orang yang menolak kebenaran itu tidak tahu bahawa yang ditolakkanya itu benar. ( Hamka).

Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan. ( Hamka).

Tiga rukun yang benar dan perlu dalam mencapai utama iaitu dengan tabiat, dengan pengalaman dan dengan pelajaran.Adapun musuh yang sentiasa menghalangi manusia mencapai keutamaan ialah hawa-nafsu yang menyebabkan marah.dengki (hamka).

Manusia mempunyai batas kekuatan sedangkan kebenaran tidak dapat dibatasi. (Hamka)

Katakanlah yang benar dan adil,sebab benar dan adil adalah satu. ( Hamka)

Kesombongan tidak dapat bertahan di hadapan kesombongan.( Hamka)

Yang benar tidak terikat dengan waktu. (Hamka).

Orang yang sengaja menyorokkan kebenaran adalah orang yang lemah.(Hamka).
 
 kata hikmat kalau
Kalau kail panjang sejengkal ,jangan lautan hendak diduga. (peribahasa Melayu)

Kalau banyak ilmu manusia,lebih mudah dia menipu dirinya.Jalan yang baik mengelakkan kesilapan ialah membuat tidak tahu.(Jean Jacques Rousseau).

Kalau kita memerintah kekayaan ,kita menjadi kaya dan bebas,kalau kekayaan memerintah,kita jadi miskin.(Edmund Burke).

Kalau kamu tua,beri nasihat dan jika kamu muda,terimalah nasihat.(peribahsa China).

Kalau banyak benda yang manusia malukan,dia akan dihormati.

Kalau dua orang menunggang kuda,seorang mesti duduk di belakang.(peribahasa Inggeris).

Kalau engakau disuruh pilih,tentu engkau memilih.(peribahasa Arab).

Kalau bekerja dianggap menyusahkan,mengganggur merosakkan.(peribahasa Arab).

Hati-hatilah kalau lidahmu akan memukul lehermu sendiri.(peribahasa Arab).

Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari,maka payah melaluinya,panjang jalannya dan banyak rintangannya.(imam Al Ghazali).

Kalaulah ilmu dapat dicari dengan niat,pasti tidak ada orang jahil dalam dunia ini.(pendeta).

Kalau takut mati jangan hidup.(Mahatma Gandhi).

Kalau tuhan tidak menjadikan perhambaan dan perbudakan,tentu tidak akan timbul keinginan hendak mengejar kemerdekaan.Memang kalau taida kesakitan,orang tidak mempunyai keinginan untuk mengejar kesenangan.Oleh itu tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sakit dan pedih adalah tangga menuju kejayaan. (Hamka).

Kalau petang dan pagi seseorang itu beroleh aman dan sentosa daripada sebarang gangguan,itulah orang yang bahagia.(zaid)

Kalau sekali seorang bijak melakukan kekeliruan,di belakangnya terdapat ramai orang bodoh yang mengulangi kekeliruan itu.(Beng Cu).

Kalau engkau ingin menjadi raja,pakailah sifat qanaah.kalau engakau ingin beroleh syurga dunia sebelum syurga akhirat,pakailah budi pekerti yang baik.Kedua sifat ini ialah kawan bahagia.(saidina Ali).

Kalau nyata bahawa harta benda tidak dapat menangkis sakit,tidak dapat menolak demam,tidak dapat menghindarkan maut,nyatalah bahawa kesusahan yang menimpa orang kaya,serupa dengan kesusahan yang menimpa orang miskin.(Hamka).

Kalau hendak beroleh kemerdekaan fikiran,hendaklah biasakan hidup melarat,sengsara dan tidak terpengaruh oleh hiasan dunia.Tetapi kalau engkau hendak mencapai kemerdekaan untuk diri sendiri dan bangsamu,hendaklah engakau biasakan bersikap tabah menempuh perjuangan.(Voltaire).

Kalau pemerintah mempunyai hak atas rakyat iaitu supaya rakyat taat dan tunduk kepadanya,maka rakyat pula mempunyai hak atas pemerintah,yakni hendaklah pemerintah berlaku adil atas rakyat.(Muhammad Abduh).

Kalu hendak memperbaiki karangan,adakan peraturan dalam fikiran.(buffon).

Kalau hendak mempunyai tampan yang paling baik dan paling kukuh dalam karangan,menulislah dengan sederhana.(Hohenemser).

Kalau kamu mendapat kesusahan,ingatlah untuk menyimpan kesabaran.(Horatius).

Kalau tutur kata dan bahasa tidak sesuai dengan keadaan yang sebenar,itu tandanya bahawa sesuatu perkara tidak berhasil.

Kalau kamu berada di rumah orang,hendaklah kamu jaga matamu,jika kamu berada di tengah orang ramai,jaga lidahmu dan jika kamu berada dalam majilis jamuan,jaga perangaimu.(lukmanul hakim).

Jika nasihat orang gila itu bagus,orang berfikiran waras tentu akan melaksanakannya.(Hamka).

Jikalau orang perlu kawan,dia akan mengambil setiap orang yang mahu menolongnya,soal siapa orangnya,itu tidak penting.(Feng Yu Hsiang)

Kalau kamu letakkan pedang yang terhunus di leherku,sewaktu aku menyampaikan perintah Allah dan Rasulnya,aku akan terus berbicara,sekalipun pedangmu itu aakan memutuskan leherku.(Abi Zar Al Gifary).

Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah,ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.(Umar Al Khatab).

Kalau hendak orang lain menyimpan rahsiamu,lebih dahulu simpanlah pada dirimu sendiri.

Kalau orang mengasihi anda ,dia kan membuat anda meratap,tetapi jika orang membenci anda,dia akan membuat anda ketawa.

Kalau kita membenci orang,orang akan membenci kita.

Kalau kurang pada rupa jangan kurang pada budi.

Kalau orang sakit memikirkan nyawanya,orang sihat akan memikirkan wangnya.

Kalau kita tidak mencari sesuatu,kita tidak dapat menemui sesuatu.
 
 Kata hikmat Keindahan.
 Untuk merasakan keindahan,bacalah susunan syair yang indah-indah,buku-buku yang berfaedah,tentu timbul kerinduan untuk berkenalan dengan pengarangnya.

Memerhatikan keindahan alam itu menambah harga diri.

Hasad dengki menghilangkan keindahan,baik keindahan badan,keindahan jiwa ataupun keindahan akal.Bahkan keindahan wajah pun mampu dihilangkannya.

Alangkah indahnya jika dunia dan agama berkumpul menjadi satu dan alangkah buruknya jika kafir dan derhaka bergabung dalam diri seseorang.

Letak keindahan bukan pada ejekannya,tetapi pada cara dia mengejek.

Bacaan Al-Quran dengan lagu yang indah,suara yang merdu ,menunjukkan dalam agama pun ada seni suara.

Allah amat ingin agar hambanya memperlihatkan bekas nikmatnya atas dirinya.

Perhiasan timbul dariapda kerinduan terhadap yang indah.Bunga yang mekar di atas meja,kerusi yang bagus,semuanya seiring dengan kemajuan otak dan jiwa.

Berhiaslah ketika ke masjid.Tandanya berhias itu dilarang bahkan dianjurkan.Tetapi jangan berlebih-lebihan.

Seni adalah tiruan daripada keindahan dan sumber keindahan ialah Allah yang dapat disaksikan bekasnya di dalam alam ini,dipandang dan direnung oleh hati sanubari yang fana di dalam cinta dan baqa lantaran makrifat.

Sesungguhnya Allah itu indah,suka akan keindahan.

Perhiasan adalah barang indah.Orang tidak boleh berhias dengan barang yang buruk.

Sikap yang kasar adalah lantaran jiwa yang ksar,jiwa yang tidak mengenal keindahan.

Jika seseorang tidak dikuasai oleh perasaan benci,setiap pakaian yang dipakainya kelihatan indah.
 
 kata hikmat Islam.
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.dakwah Isalam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Perbezaan kepercayaan antara orang Islam dengan orang Kristian kepada nabi Isa adalah tentang’Filsafat Ketuhananya dan tentang matinya kerana disalib.

Agama Islam amat membenci orang-orang yang berambut kusut masai,tidak licin bersisir,berjanggut kusut masai dan sebagainya.
 
 Kata hikmat kejahatan.
Tiada satu kejahatan pun yang dapat dinilai sebagai baik,meskipun melakukan kejahatan itu dikatakan bertujuan baik.

Orang yang membenarkan kejahatan,beerti sudah berbuat jahat.

Hendaklah kamu hentikan kejahatan yang kamu lakukan ke atas orang lain dan hendaklah kamu memaaf dan melupakan kejahatan orang lain terhadap dirimu.

Melakukan kejahatan kepada orang lain bukan sahaja merosak dan menganiayai mereka bahkan turut merosakkan diri sendiri.

Sejahat-jahat manusia ialah mereka yang suka mencari kesalahan dan kecelaan orang sebagaimana lalat mencari bangkai dari tempat-tempat yang busuk.

Menolong orang melakukan kejahatan sama seperti kata peribahasa ‘melepaskan anjing yang tersepit.’

Sesiapa yang berjalan di tempat kejahatan pasti ditohmah atau difitnah.

Manusia yang hanya besar perut,banyak tidur,pemalas dan kurang keyakinan diri juga merupakan manusia yang bersifat jahat.

Orang yang membinasakan orang lain untuk kepentingan dan faedah diri sendiri telah melakukan kejahatan yang amat keji.

Iman yang teguh menghalang manusia melakukan kejahatan.
 
 Kata hikmat jangan.
Jangan sekali-kali berputus-asa,tetapi jika anda berputus-asa teruslah bekerja dalam keadaan itu.

Jangan membuang waktu barang seminit pun untuk memikirkan orang-orang yang tidak kita sukai.

Jangan bertengkar dengan orang yang kurang akal,nanti ia akan menyakitkan kamu dan jangan bertengkar dengan orang yang penyantun,nanti dia benci padamu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar